Tetamu Purnama

26 Jun 2010

ESTETIKA DAN KANAK-KANAK

DEFINISI ESTETIKA
- perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.

- Bagi Bates (2000), - satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan.

- Gazalba (1978) - satu cabang ilmu normatif yang membawa nilainilai kecantikan dan kebaikan.

- Lankford (1992) – satu konsep dan kaedah di dalam falsafah seni termasuk persoalan yang bermatlamat untuk menerangkan dan memahami pengalaman estetik yang berkaitan dengan perkembangan artistik dan penghasilan produk.

- Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya, Di dalam pengajaran pendidikan seni visual, istilah pendidikan estetik digunakan merangkumi pelbagai bidang penghasilan hasil karya seni seperti arca, lukisan, catan dan sebagainya. Pendidikan estetik juga menjelaskan persoalan estetik yang merujuk kepada perbincangan berkaitan dengan penghuraian makna dan simbolik enghasilan karya seni.

- Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik.

- Guru pendidikan seni visual boleh menggunakan kemahiran ini untuk membantu pelajar memahami hasil karya yang dihasilkan selain menghurai persoalan mengapa karya seni dihasilkan dan kepentingan menghargainya.

PERKEMBANGAN ESTETIK DAN TEORI KECANTIKAN

Konsep Relativist- Faktor utama adalah persekitaran individu, nilai, budaya serta cara hidup seseorang individu pada satu-satu masa.Pandangan golongan relativist atau individu terhadap kecantikan adalah subjektif dan abstrak. Penghuraian dan makna kecantikan tidak terletak pada objek tetapi pada persepsi seseorang.

Konsep Objektivist- sangat bertentangan dengan konsep relativist. Konsep objektivist percaya bahawa kecantikan sememangnya telah sedia ada bersama karya seni dan bukan terletak pada persepsi seseorang. Kecantikan dapat dibahagikan kepada kriteria tertentu seperti yang terdapat di dalam elemen dan prinsip-prinsip dalam seni seperti harmoni, rentak, warna, keseimbangan dan sebagainya.

ESTETIK DAN KANAK-KANAK
- perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa

- Lowenfeld (1975) – perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian denagn kretaiviti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.
Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh factor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.

TINDAKBALAS ESTETIK- tindak balas spontan terhadap karya. Ianya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam.

(a) Kualiti Literal atau Imitanionalism
- keupayaan pengkarya untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling
Sebagai contoh, pengkarya yang melukis imej realistic penunggang kuda, kualiti literal pada lukisan ini adalah imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik.

(b) Kualiti Rekaan atau Formalism
-kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimanakah artis
atau pengkarya mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.

(c) Kualiti Ekspresif atau Kualiti Emosi
-menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan idea
penonton yang mengamati karya.

MERANSANG PERKEMBANGAN DAN TINDAKBALAS ESTETIK KANAK-KANAK

- Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.

- Peranan guru
(a) Memilih Karya Berkualiti
-mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya.

(b) Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
- mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya seperti memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.

(c) Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
-memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita.

(d) Mempamerkan Budaya
-mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ESTETIK
a) Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
-menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.

(b) Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
- membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.

(c) Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain
- murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza.

(d) Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
- pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... http://aidaliepurnamamerindu-aidalie.blogspot.com/2011/01/lukisan-teknik-titik-pointillism.html